Assalamualaikum, laman yang kubina kini kian bersawang, tapi aku percaya masih ada ruang dan peluang untuk kubersihkan. Hehe, itulah pembuka bicara petang ini.
Sekarang, Nadia sudah bergelar ustazah. Puas? happy? Sebenarnya tidak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan ini. Berdebar pun ada juga, sebab sebaik sahaja menjawat jawatan dalam SRITI ini, Nadia terus dapat jawatan ketua panitia untuk bahasa Arab. Sebenarnya gembira itu ada sebab bukan mudah nak dapatkan pekerjaan. Kalau bukan kerana COVID 19 pun, apabila bercakap tentang peluang pekerjaan, topik yang paling hangat diperkatakan ialah pengangguran. Sementelah lagi apabila COVID 19 melanda negara bahkan seluruh dunia, besar impaknya terhadap masyarakat marhaen seperti kita.
Nadia sangat berharap rakan-rakan yang sedang mencari pekerjaan untuk tidak mudah berputus asa. Sebenarnya peluang ada je…kalau bukan pekerjaan tetap pun, boleh juga buat freelance. Sebenarnya dunia digital menawarkan lebih banyak peluang untuk kita menjana duit. Cuma kita je yang tidak tahu. Kita perlu berfikir di luar kotak, percaya rezeki ada untuk kita.
Leave a comment